Thursday 4 April 2013

Seharian di Rumah Anak Yatim

Assalamualaikum


Best! Experience yang memang susah nak dapat. Nak tahu kenapa? Haaa. Hari Sabtu bersamaan 23 March 2013, pihak AAGBS telah menganjurkan program amal bertempat di Rumah Anak Yatim & Asnaf As Solihin. Excited dapat join program community service. Bas bergerak dari UiTM sepatutnya pukul 7 tapi macam biasa la, tak semua orang sampai awal. Sebelum nak masuk dalam UiTM, gerak pergi ambil kawan. Sampai-sampai je bus stop, kawan dah nangis-nangis sebab kena ragut. What a hectic day. Tak sangka time-time macam ni la nak jadi. Lecturer pon baru je bagi contoh pasal statistik ragut kan. Haih. So, ended up dengan kami 6 orang je as wakil dari student part 2.

Bila dah gerak keluar dari UiTM, still tak rasa excited sangat. Bila dah masuk highway....WAHHHH! The best thing is, kami di'escort' oleh encik-encik polis. Rasa privilege yang amat. Terkejut bila tahu polis pon escort trip kami sebab tak expect program amal ni ramai participant. Bila dalam bus, tak nampak lagi kereta yang berderet tapi once dah sampai rumah anak yatim ni, berderet rupanya kereta. No wonder la polis escort trip ni. Haha. Boleh bayangkan tak macam mana best nya bila kena escort? Hee. Sampai orang kat kedai semua pandang okeh. Wahaha. Excited! Itu takpe lagi. Bila traffic light merah pon boleh jalan. Haha. Mekaseh encik polis! Bukan apa, program amal kali ni adalah collaboration AAGBS UiTM dengan Ayusutra and suppose trip sampai di rumah anak yatim pada pukul 9 tapi oleh kerana rombongan terlalu ramai, bantuan encik polis diperlukan.

The long queue. Taken from Ayusutra. Mine was gone -.-
Bila dah sampai, jakun sekejap tengok deretan kereta masuk ke rumah anak yatim. Agak-agak almost 15 above la kereta yang berkonvoi. Yang student-student AAGBS ni, mestila naik bus kan. Alhamdulillah. Kutipan dari student dan ayusutra ni dah mencecah rm15 ribu. Seronok tengok barang-barang diagihkan. Siap buat human chain nak angkat beras. First time non stop angkat beras berat-berat. Haih. Mula-mula memangla human chain ni akak-akak dan abang-abang, last-last dorang surrender. Adik-adik yang ganti. Haih. Esoknya badan sengal-sengal. Kalau akak-akak ni badan sengal, apa lagi yang adik-adik ni kan. Semangat dorang join buat human chain. Kecil-kecil je adik-adik kat sini. Oh. Lupa nak bagitau. Mostly dorang ni kira budak-budak lagi la. Dari sekecil-kecil 4 tahun sampaila sebesar-besar 16 tahun and almost 63 orang and still counting. Ada je yang form 5 sorang and form 6 tapi di sekolah asrama kot. Before trip ni, organizer cakap ramai dah besar. Rupanya budak-budak bawah 7 tahun pon ramai.

Sesi penyerahan tak rasmi. Baru je lepas adik-adik ni berselawat.

Inilah Abi mereka, pengurus @ owner.
First aktiviti lepas sampai, adik-adik ni dah get ready nak salam. Then, sorang adik dipanggil untuk baca doa dan mereka berselawat. Alhamdulillah. Sayu je dengar tapi muka adik-adik ni maintain je. Dah habis mukadimah, semua pakat serang toilet. Haha. After breakfast, start la human chain ni. Memang lenguh gak la nak angkut barang-barang kan. Tengok pantry dorang pon betul-betul just tinggal stok makanan yang nak habis. Memang tepat la timing program amal ni kan. Berpeluh tu tak payah habaq la. Semua lecak kemain. Adik-adik kat situ pon kemain happy tengok macam-macam ada.

Haaaa. Part ni paling best. Dah penat-penat transfer barang and main-main ala-ala human train, sesi motivasi la paling kepala ligat pusing-pusing. Tak pasal-pasal jadi bidan terjun nak mem'fasilitator'kan dorang. Group lain combine laki and perempuan tapi group ni mencabar keimanan sikit. Semua hero. Memang hero betul la. Akak fasi yang paling banyak bebel. Haha. Berat mulut betul dorang ni. At first memang awkward la kan, tapi since first acara kena buat model baju, layankan aje adik-adik ni. Awal-awal tu semua malu-malu. Tanak cakap and macam nak tanak je join kan. Haaa. Dapat akak fasi yang banyak mulut ni, terus sorang-sorang laju je buat model dorang. Okay. Kids kan, memang la kreatif. Dah ala-ala transformer dah dorang kerjakan budak ni. I'm so so teruk. I can't even remember a single name and keep calling them dengan nama yang salah. Siap ada adik yang merajuk lagi. Haha. Sorry la adik. Adik yang jadi model ni pon, si akak ni dah tak ingat nama. My bad -.- tapi memang by the time posing-posing time start, dah hilang sikit segan dorang. Nasib dapat akak fasi mulut bising ni kan. Haha. Tapi dalam ramai-ramai ni, ada sorang budak ni. Mak aih. Banyak pula cekadak dia. Asal nak tangkap gambar, perut sakit la. Nak pergi toilet la. Memanjang nak buang je kerja dia. Banyak pula idea dia nak skip dari sesi motivasi kan. Sampai habis pon tak dapat tangkap gambar dengan dia. Iyela dik oi. Jual mahal la konon. Haha.  

Adik ala-ala transformer tu representative group ye!
Next activity adalah sukaneka! Yay. Tapi since timing tak berapa nak best plus organizer kurang aware dengan itinerary program so nampak macam a bit unorganized la. Pity those kids yang kena main tengah-tengah panas and even fasilitator pon macam blur-blur dengan flow program. Since cuaca memang panas yang amat, we head to another place. Join gotong royong sebab tak tahan nak berdiri bawah panas. Classmate dah halfway bersihkan pantry dan next mission? Bersihkan periuk belanga. Wahaha. Penat memang penat tapi I missed this kind of situation. Kat kampung pon bila ada kenduri, meriah kemain. The best part is - the whole family's gathering! Memang sure havoc la with kids playing around and suddenly the burst of laughter akan kedengaran from emak-emak's. And being me, memang nampak macam kakak tiri yang kejam and kaki buli. Haha. Ada sorang adik ni memang ringan tulang betul. Time sesi motivasi, tanak pula cakap. Tup-tup dia join akak-akak ni bersihkan pantry. Part paling kelakar when this boy named Farid show me something and I heard him saying something weird. It was dulang but seriously, I thought I heard something else. Of course I knew it was a dulang btw, tapi when I asked him to repeat again that weird name - he's asking me "Akak. Ini dulang la. Takkan akak tak kenal dulang?" Amboi Farid ni. Bab nak kenakan orang pandai. Malu sekejap. Tapi serious la. I heard something else. Sigh.

Time bersihkan pantry, ada tiga adik join si akak-akak ni. Farid, Shahrul and Haikal. Kisah dorang semua berbeza. Tapi bila raya, selalunya adik-adik ni balik rumah saudara. Adik-adik ni bukan asal dari Banting je. Nak kenal dorang lagi rapat, sila la ke Banting. Memang ramai kids kat sini. Comel-comel je. Ada yang nakal tapi tak nakal tu bukan budak la kan. Nama pon budak. I miss this one lil' adik named Shahirah. Memang manja tapi I knew that she's holding the tears inside. Memang sedih bila adik ni tanya.. "Tak tidur sini ke? Bila nak datang lagi? Nanti akak tipu. Akak stay la sini". Adik ni baru 6 tahun and abang dia yang baru 8 tahun pon stay kat rumah ni. Herm. Kecil-kecil dah tinggal kat sini.

Program pon dah nak habis and after the Zohor prayer, we shall get ready to balik. Part closing memang sedih. For me, I love the adik-adik here sebab dorang memang very warm and polite la. Will visit this rumah one day, I hope! Insha Allah. Jika anda-anda berminat nak menjemput mereka ke majlis-majlis sangat la dialu-alukan. Kalau sebelum ni, asal dengar rumah anak yatim mesti nak bagi duit. Baju. Makanan. Tapi, dorang sangat memerlukan kelengkapan harian macam kita. Tak mampu nak beli deodorant, boleh bagi bedak. Tak mampu nak beli beras, boleh bagi bihun. Tak mampu nak bagi baju, bagi la towel or telekung. Yang penting niat tu ada :) Insha Allah ada bahagian anda nanti.

Sebelum terlupa, ni nak habaq mai sikit. Kalau interested nak melawat adik-adik or nak contribute apa-apa, sila contact ini ye. Sometime, what we heard is not what we saw. Do come and visit them.

Sorry. The picture a bit blur. If tak nampak, just leave a comment! :) 

Some of the adik-adik kat sini. Comei je.

Rasulullah SAW bersabda, "Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru, "Ya Allah, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah" dan yang satu lagi menyeru "musnahkanlah orang yang menahan hartanya".

Abu Hurairah r.a reported Allah's Messenger as saying, "The generous man is near Allah, near paradise, near men and far from hell, but the miserly man is far from Allah, far from paradise, far from men and near hell. Indeed, an ignorant man who is generous is dearer to Allah than a worshiper who is miserly". (Tirmizi)

2 comments:

  1. It's just nice apabila kita mmpu mbahagiakn org lain....

    ReplyDelete

Review: Adina Apartment Hotel Melbourne

Assalamualaikum! Just a short and simple review after long silence. Cleanliness: Since we took an apartment with kitchen facilit...